Tokuma Shoten
Tokuma Shoten

Tokuma Shoten

Asahi Performing Arts Publishing (1958-1967)Tokuma Shoten Publishing Co., Ltd. (株式会社徳間書店, Kabushiki gaisha Tokuma Shoten) adalah sebuat syarikat penerbitan di Jepun. Syarikat ini beribu pejabat di Shinagawa, Tokyo.[1] Syarikat ini diasaskan pada tahun1954 oleh Yasuyoshi Tokuma di Minato, Tokyo. Syarikat ini pernah menjual pelbagai produk selain buku termasuk penerbitan muzik, animasi, permainan video, siri animasi dan manga.Antara syarikat yang pernah menjadi sebahagian daripada syarikat Tokuma Shoten adalah syarikat Studio Ghibli, Daiei Film dan label rakaman muzik Tokuma Japan Communications . Pada 20 Disember tahun 2000, pengasas syarikat ini, Yasuyoshi Tokuma meninggal dunia. Selepas pengasas syarikat ini meninggal dunia, pengurusan aset ke atas aset syarikat telah berlaku. Tokuma Shoten melaksanakan spin-off korporat dengan Studio Ghibli, menjadikan bahagian penerbitan anime dalam Tokuma Shoten sebagai syarikat berasingan pada tahun 2005. Tokuma Shoten juga telah menjual Tokuma Japan Communications kepada Daiichi Kosho pada Oktober tahun 2001, dan Daiei Films telah dibeli oleh syarikat Kadokawa Corporation pada November tahun 2002.Sejak tahun 2005, syarikat itu telah memperkemaskan dirinya untuk menumpukan perniagaan mereka khusus pada penerbitan media cetak dan pengolahan penceritaan media cetak mereka kepada TV dan filem. Pada 17 Mac tahun 2017, syarikat itu telah diambil alih oleh syarikat lain iaitu syarikat Culture Convenience Club. Perjanjian itu selesai pada akhir Mac tahun yang sama.

Berkaitan